Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Friday, May 13

Silent treatment won't help

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

Yes. silent treatment won't help.
I will still not be clear about what have I done wrong.
I will still be in a 'blur' situation.

What do you want? What have I done wrong? How should I fix it?




Thursday, June 3

searching for myself

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

I don't feel like myself.
This is not me. This is not how I'm supposed to turn out.

procrastination at its best.
I submit conference paper yesterday which is due a week ago.
I didn't go for car service until lockdown strike.
I don't feel doing anything. 

many asked 'Farhana okay tak?'
my answer will be 'okay je'
but deep inside I'm not and I don't how how to express it. I feel like nobody understand me. not even my bestfriend, not even my family, not even my supervisor. 

This morning I woke up to this video and banjir. haha. I guess I didn't find anyone that I willing to share with. yet. 


Farhana ada lagi berapa sem?
boleh bawak gaduh kalau orang tanya soalan ni. Yes I know tak semua orang tahu and faham how research postgraduate study goes, but I don't know how to control perasaan nak marah ni everytime orang tanya. I really don't 

till then.

p/s harap next post will not be as 'dark' as this post

Thursday, March 11

Dear Farhana,

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

Perkahwinan itu ibarat satu pencapaian hidup bagi orang. Berbeza orang, berbeza la pencapaian dia.

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 




Move on Farhana. Kau ada benda yang lagi besar kau nak capai. 

JANGAN FIKIR. NO FARHANA


haha. tak sangka first post for 2021 would be like this. kau ni dah tak betul ke Farhana?

Thursday, April 16

update on 2020

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

a month after control movement order (CMO) has been implement.
7 days before ramadhan.

Update on control movement order (CMO)
aku tersekat di bangi. tak sempat nak balik terengganu pun. so sekarang ni just working from home. oh ya, aku sambung master. ya, master. hari-hari call mak kat rumah sebab homesick. abang aku pun ada kat wangsa maju tu. adik lelaki kat kuala kangsar perak. masing-masing pandai-pandai jaga diri. kalau ikutkan hati, nak je aku drive balik terengganu, tapi please be rational, farhana.

“Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

nak ikut hadis ni, sangat la susah. sakit sangat. tapi untuk kemaslahatan semua orang, aku tahan duduk je diam-diam kat bangi ni.



update on ramadhan 1441
aku dah set goals untuk ramadhan ni. antaranya:
1. improve hafazan
2. less sleep
3. less talk, more action
4. less complaint
5. tak tinggal solat sunat witir.

how about you? can you share your goals with me?

maybe sepanjang CMO ni, aku akan update blog lagi hahaha. tengok la macam mana.

till then.

Friday, July 20

how's life?

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

hey there. it's been a while since the last time i rant in this blog.
my life was rough these day. and i can't even think clearly.
fight with myself is the toughest thing to do. yet i need to.

people put high expectation on me. and i ruined it. especially my family.
i'm sorry for not being the way you want me to be.

I'M TIRED

tired of all these things.

stop.
just stop.
please.


Wednesday, January 25

January 2017

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

time flew so fast. its already 2017. and here i am. typing this entry to keep this blog alive. seriously, i felt so bad for not updating this blog. even though nobody cares. to be honest, i don't know what the purpose of this blog. am i doing this blog for fun? i'm not sure. or maybe as my diary? but i didn't like my personal life to be written here as there is chances that my coursemate will find out this blog.

i don't know

okay. i'm done with my nagging.



oh yeah. i changed this blog link because one of my couremate already knew about this blog and she told me that she gonna read all the entry which makes me feel uncomfortable. like seriously girl?! can't you just read my blog silently without i noticing it? duh. i choose 'stillhook' because i still can't move on with my nickname, captain hook.

i just finished my exam for the first semester on 14 jan. now i'm on my holiday before more hectic life started. will having lab practical every week, which mean, lab report every week. All is well, i hope so.

so this year, i'm turning 20. most of my friends called me 'kak long' since my birthday is on January. actually i'm not feeling like i'm 20. for me, it just another birthday and it doesn't affect me much as everyone thought. or it is just me to feel like that (?) come on. it just digit. 

thanks for the creative card
sorry for the broken english.
till then.

Sunday, December 11

bermula dan berakhir

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.



dah dua minggu aku jadi student first year degree.

dua minggu ni adalah minggu yang paling hectic. kelas mula pukul9 sampai 5. rehat hanya sejam, ada sehari tu rehat pukul12 sampai pukul1, masa tu zohor pun tak masuk lagi. sangat sangat menguji ketahanan fizikal dan mental.

balik rumah sewa, terus tak bermaya. masa foundation dulu, aku boleh stay sampai kul2 pagi untuk study. bila dah start degree ni, limit aku cuma sampai pukul12 tengah malam. sebab keesokan harinya pulak kena bangun awal dan tunggu bas.

i'm adapting with my surrounding.

yes. i'm struggling.

mungkin sebab dah terbiasa dengan jadual masa foundation, kelas yang agak tidak pack.

(draft post yang dah lama aku taip, tapi tak sempat nak habiskan)

...............................................................................

dah habis semester satu untuk tahun satu degree. sekarang ni aku tengah tunggu study week. bulan1 nanti exam. dan cuti lagi sekali. dan baru semester dua akan bermula. so far, aku masih hidup, alhamdulillah.

macam-macam berlaku selama 4bulan lebih ni. aku rasa macam aku dah jumpa turning point hidup aku.

bersama 16orang classmate aku, aku belajar banyak benda, dan bonding kami agak kuat. harap kekal hingga ke tahun akhir degree.

i'm still struggling.

small changes will still affecting me. no matter how small it is. i can't tell you, how small is small.

semoga kuat.

*aku tak pasti bila aku akan update blog ni lagi. semoga blog ni terus kuatkan diri. hoho

Monday, August 1

move on 2

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

chapter 3

hari raya tahun ni okay okay je semua. raya pertama pergi raya rumah tok sedara, raya kedua pergi rumah maklong belah ayah sebab ada buat gathering. raya ketiga sibuk buat preparation nak buat tahlil malamnya. memang dah jadi tradisi keluarga belah mak, setiap malam raya ketiga, memang akan buat tahlil untuk arwah atuk :') macam biasa, kerja aku adalah potong serai nipis nipis, pastu blend sampai hancur untuk nak perap dengan ayam. nak buat sate kannn. lepas tu cucuk sate ramai ramai, habis kuning tangan. haritu memang fullhouse, semua sepupu sepapat ada. malam tu tahlil, pastu sambut birthday along, kebetulan hari tu birthday along. beli kek doraemon pulak tu. haha. aktiviti seterusnya, main bunga api. tahun ni takde gambar raya ye. tak rasa nak bergambar sebab tak berapa sihat, haha.

mak dengan along <3

ramai ramai cucuk sate

chapter 4

ramai yang membebel sebab kena balik universiti awal sebab dah start kuliah raya ke-5 tu. takpe, aku faham perasaan tu, tahun lepas aku macam tu juga. raya ke-3, mak hantar balik nottingham, sapa yang tak sedih weh? dah la tak sempat nak tahlil sama-sama. tahun ni alhamdulillah, diberi kesempatan umtuk raya lama-lama. lepas balik dari kampung, aku ada balik selangor sekejap, nak uruskan pasal scholarship semua semua, alang alang tu jalan jalan sikit. tiba-tiba rindu kat notts. haha. sunyi je kat uni, tak ramai orang, sebab tengah summer break kan. yang ada pun mungkin budak foundation july intake bawah batch aku. lepas tu pergi beraya rumah kawan kawan sekitar selangor dengan kakak kakak senior. pengalaman yang agak manis. aku takde la rapat sangat pun dengan dorang, tapi dorang sanggup terima kedatangan kitorang. terharu.

masa ni dekat rumah sharun :)

dah ada bridge. nampak tak? haha

last chapter

sekarang ni aku tengah nak proceed degree kat nottingham. dah dapat offer letter dan dah accept. tadi baru dapat email from faculty yang mengatakan kalau nak sambung degree in PHS, kena ambil vaccine hepatitis B. terus aku tanya mak, aku dah pernah ambil ke tak. mak kata dah pernah ambil masa kecik, so no problem. semoga dipermudahkan la nak masuk degree ni. baru baru ni nampak akak akak senior kat notts graduate, rasa macam satu perasaan yang membara. ecehhh. siapa je yang taknak graduate kan? walaupun ramai orang yang cakap course yang aku ambil ni susah, takpe, aku akan usaha, sampai berjaya, insyaAllah. amin. doakan aku k. 

jumpa di post yang lain. sayonara. dah boleh move on dari post kali ni ;)


Sunday, July 24

move on 1

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

selepas 2bulan tak update.



chapter1

alhamdulillah. tamat exam organic chemistry which mean, tamat juga lah foundation year for me kat unmc. setahun (sebenarnya 10bulan je) yang sangat bermakna. boleh kenal ramai kawan baru. jujurnya, aku tak pernah ada kawan yang lain bangsa. kat sini, ramai student lain bangsa, bahkan lain negara kawan dengan aku. experiance yang sangat menark kut bagi aku yang tak pernah keluar terengganu. satu lagi pelajaran yang aku belajar sepanjang foundation ni, jangan malu untuk mencuba. aku mengaku yang english aku tak begitu bagus, tunggang langgang. kat unmc la aku belajar nak improve english aku. setiap kali aku nak berinteraksi dengan semua orang, termasuk pekerja cafe, aku kena speaking. jangan malu untuk memulakan sesuatu diluar kebiasaan kita.

with an awesome peoples (last lab session)

chapter 2

Ramadhan kali ni dapat puasa kat rumah. yeayy. nikmat yang sangat besar la kut bila dapat berpuasa kat rumah, kalau sebelum ni puasa kat university, feel dia lain sikit. tiap-tiap malam dapat g terawih dengan family, dapat tadarus tanpa fikirkan assignment assignment yang menunggu. rasa macam tenang je nak buat apa pun. tiba-tiba teringat, masa mula mula masuk unmc, masa tu hari ke-4 puasa rasanya. rasa sangat sangat insecure, sebab masa tu macam blur. tak tau nak cari makanan kat mana, nak keluar macam mana. hidup terumbang ambing gila. tambah pulak cafe tak buka masa tu memandangkan tengah summer break, yang buka, just seven eleven, subway dan secret recipe. boleh kopak weh kalau hari hari makan kat situ. hemmm, nak dijadikan cerita, malam hari terakhir puasa, aku kena gastrik, pukul 1 pagi pergi klinik, doktor bagi ubat semua then balik. dah sampai rumah, still tak reda, tak boleh tidur langsung. lepas subuh, pergi klinik lagi sekali, kena rujuk kat hospital pulak then blablablablaaaaa. aku tak tolong memasak sangat raya kali ni.

to be continue......

Sunday, August 2

kenapa?

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.



kenapa nak mempersoalkan apa yang kau dah buat? 
kenapa sekarang baru nak menyesal? 
kenapa sebelum ni kau tak fikir masak-masak sebelum buat keputusan?

tak semua orang dapat peluang macam kau dapat. semua orang berebut nak dapatkan apa yang kau dapat. jadi, apa salahnya kalau kau BERSYUKUR?

And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe. -surah Ibrahim, ayat7

Saturday, July 25

raya 2015

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

tahun ni aku beraya selama 3hari sahaja. raya pertama, macam biasa, duduk kat rumah sambil pakai baju kurung. ziarah kubur. lepak-lepak ngan sepupu sepapat. meunggu kedatangan tetamu. balik kampung belah ayah, petang tu baru pergi beraya kerumah atok cu. 

hari kedua, pergi beraya ke rumah saudara belah mak. rumah pertama yang diserbu adalah rumah tok cik, keunikan rumah tok cik ni, adalah rumah dia terletak dalam kawasan kubur, arwah tok cik (lelaki) dulu adalah penggali kubur. sebab tu rumah dia kat situ. sekarang ni yang ada hanya tok cik perempuan. 

rumah seterusnya adalah rumah tok ngah. tok ngah tu adalah adik kepada arwah atuk aku. muka dorang pon ada iras. jujur aku cakap, masa aku tengok tok ngah, aku rasa rindu sangat sangat kat arwah atok. rindu nak dengar atok bergurau, rindu nak dengar atok buat lawak, rindu nak dengar atok cerita pasal sejarah, rindu nak dengar atok suruh mengeja dalam bahasa jawi. aku rindu atok sangat sangat. 


tak sempat nak beraya rumah tok anjang dan tok cu. sebab dah malam.

hari raya ke-3, pagi pagi dan mandi, siap siap nak balik university yang ter-chenta. ayah ngan mak yang hantar. yeay! semua sepupu sepapat terkejut bila aku kata raya ke-4 dah ada kelas. haha. nak buat macam mana, tuntutan tanggungjawab kan. jadi, nak taknak, aku kena ikutkan jugak lah. malam tu aku tahan air mata je sebab tengok sepupu ramai yang bagi gambar kenduri tahlil. ngan sate, bunga api dan lain lain. setiap tahun, tanpa gagal, pada hari raya ke-3, kitorang akan buat kenduri tahlil untuk arwah atok. sedih sebab tahun ni tak dapat join. tahun depan insyaAllah boleh.

kalau rindu, doa. -mak tersayang

Tuesday, July 7

kehidupan #1

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.



rasa macam duduk di negara asing. semalam ada buat whattsapp group untuk foundation in science july intake, ni first time kot aku masuk group yang fully speaking. memang superb. i wish i can improve my language as well. bila dah ada kat tempat orang ni, kena jadi peramah, so itu yang sedang aku usahakan supaya tak jadi kera sumbang. bersyukur yang amat sebab dapat housemate yang sangat sporting, boleh masuk dengan kepala aku. dan bijak, yang boleh ajar aku masa aku blur. ada senior sebagai tempat rujukan, kalau ada apa-apa kemusykilan. tengah sedaya upaya nak sesuaikan diri dengan environment university. kawan dah pesan, 'jangan culture shock!'

sebelum masuk university,

'dah prepare barang nak bawak kat university?'
'belum. kena bawak apa?'
'iman'