Showing posts with label pesimis. Show all posts
Showing posts with label pesimis. Show all posts

Tuesday, March 1

A covid-19 CLOSE CONTACT point of view.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum.

I have been quarantined for almost a week.
A week full of anxiety.
A week full of guilty.
A week full of reflection.
A week full of mixed feelings.
Sesetengah orang mungkin rasa 'Eleh, close contact je pun, bukan positive pun. Rilex sudah la'
It is not as simple as that.
The most torturous feeling is when we don't know ourselves whether we are the virus carrier or not. Bila test guna self-test kit, result negative but people keep treating you like a covid-19 patient. You need to stay in a confined room, unable to leave the room, and even the food is sent in front of the room *disclaimer: my housemate did an excellent job in taking care of me, tolong masakkan, hantar makanan sampai ke depan pintu bilik, ambilkan barang keperluan etc.
Berbeza sangat perasaan antara kena kuarantin dalam rumah dan kena kuarantin dalam bilik. Kalau ikutkan hati, nak je keluar bilik, tapi sendiri faham, kalau buat macam tu, chances untuk bahayakan housemate sangat tinggi. Sebab tak tahu status diri sendiri. Ke kanan tak, ke kiri pun tak. Kau berada di tengah-tengah. Macam dalam surah Al-A'raf. It is a mental torture sebab ketidaktahuan nasib kita dimana, menunggu dan terus menunggu sampai la ada kata putus which tak tahu pun bila ada kata putus tu.
Bergaduh dengan diri sendiri. Rasa bersalah sebab banyak menyusahkan housemate. Rasa serabut sebab boleh tengok dunia luar dari dalam tingkap bilik je. Rasa suffocate. Rasa marah. Rasa nak menangis. Mixed feelings.
And apa yang mak cakap is
'Sabar. Bersyukur la kita tak kena. Ujian jugak tu'
Yes indeed.
Alhamdulillah dah habis kuarantin dan masih terpelihara dari virus covid-19.
p/s we are all in the same building, just different rooms. I'm here to share a story from my side and not to judge others' difficulties.
10.10am, 26 February 2022
Kajang



Saturday, June 26

-

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

Pernah tak rasa takut untuk berkawan dengan orang lain? 
'macam mana kalau aku buat dia rasa tak selesa?'
'macam mana kalau aku buat dia sedih?'
'macam mana kalau aku tersalah cakap dengan dia?'
'macam mana kalau dia sebenarnya terpaksa kawan dengan aku?'
'macam mana kalau dia benci aku?'
'macam mana kalau dia annoying dengan aku?'

and the list goes on...

Sometimes bila something happened and you don't know the root cause, you tend to overthinking. And overthinking bukan boleh dibuang macam tu je. Dia bukan macam sesenang arahan 'berhenti berfikir, itu cuma dalam fikiran kau'. It is more than that. It is severe than it looks like. 

and bila jadi macam ni, aku rasa aku nak menyorok dari dunia. Aku taknak orang nampak aku. Aku taknak orang jumpa aku. Aku nak lari. Aku nak jadi invisible. 

SAKIT.
Sakit sangat. Rasa nak pecah dada. 

Rasa macam semua ni salah aku. Semua ni jadi sebab aku. Tolong.

Friday, July 20

how's life?

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

hey there. it's been a while since the last time i rant in this blog.
my life was rough these day. and i can't even think clearly.
fight with myself is the toughest thing to do. yet i need to.

people put high expectation on me. and i ruined it. especially my family.
i'm sorry for not being the way you want me to be.

I'M TIRED

tired of all these things.

stop.
just stop.
please.


Sunday, February 15

pesimis.

bismillahirahmanirrahim.
assalamualaikum.


dalam hidup ini, kita takkan pernah terlepas dari memikirkan perkara-perkara negatif ataupun bersikap pesimis. tipulah kalau ada yang cakap 'aku positif sentiasa'. akan ada satu masa, kita akan duduk termenung, dan rasa down. macam-macam perkara bermain dalam fikiran kita. dan masa itu jugaklah syaitan mula merasuk. 

contoh cara fikiran yang salah tetapi sering kita gunakan:

1. mind reading (melakukan telahan yang tidak semestinya benar)
ex: "mereka tentu fikir aku ni bodoh"

2. catastrophrising (berlebih-lebihan dalam membuat anggapan)
exI: "setiap kali aku lakukan sesuatu, pasti gagal"
exII: semua benda tak menyebelahi aku

3. labelling (melabel)
ex: "aku memang tergolong dalam geng yang slow"

4. over-generalising (pukul rata)
exI: "mesti punyalah"
exII: "selalunya"

5. fortune-telling (meramalkan sesuatu akan berlaku dan menganggap ia sebagai betul)
exI: "mesti tidak menjadi"
exII: "tak akan dapat punya"

6. rule-saying (meletakkan prasyarat yang rigid)
exI: "mesti"
exII: "tidak ada pilihan"

7. black and white thinking (rigid dalam berfikir)
exI: "aku mesti mampu lakukan ini, kalau tidak habislah"
exII: "apa yang dia lakukan mesti menjadi, kalau aku mesti tidak menjadi"

antara jalan yang paling licik yang digunakan syaitan untuk melemahkan iman anak adam adalah melalui prasangka. bila kita mula bersangka buruk pada sesuatu keadaan, perasaan seolah-olah Allah S.W.T. tidak menyebelahi kita, dari situ, iman manusia akan terjerat. kita akan lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal oleh manusia normal, sebagai contoh, membunuh diri.

dan yang demikian itu adalah sangkaan kamu terhadap Tuhanmu. itulah yang membinasakan kamu; maka menjadikan kamu antara orang-orang yang rugi -surah fussilat, ayat 23
aku menulis begini kerana aku sedang merasai, apa yang dikatakan rasa 'down'. result SPM akan keluar tak lama lagi, masing-masing sedang membuat count down, tetapi tidak aku. aku risau sekiranya aku tidak dapat mencapai target sekaligus menghampakan ibubapa.