Sunday, February 15

pesimis.

bismillahirahmanirrahim.
assalamualaikum.


dalam hidup ini, kita takkan pernah terlepas dari memikirkan perkara-perkara negatif ataupun bersikap pesimis. tipulah kalau ada yang cakap 'aku positif sentiasa'. akan ada satu masa, kita akan duduk termenung, dan rasa down. macam-macam perkara bermain dalam fikiran kita. dan masa itu jugaklah syaitan mula merasuk. 

contoh cara fikiran yang salah tetapi sering kita gunakan:

1. mind reading (melakukan telahan yang tidak semestinya benar)
ex: "mereka tentu fikir aku ni bodoh"

2. catastrophrising (berlebih-lebihan dalam membuat anggapan)
exI: "setiap kali aku lakukan sesuatu, pasti gagal"
exII: semua benda tak menyebelahi aku

3. labelling (melabel)
ex: "aku memang tergolong dalam geng yang slow"

4. over-generalising (pukul rata)
exI: "mesti punyalah"
exII: "selalunya"

5. fortune-telling (meramalkan sesuatu akan berlaku dan menganggap ia sebagai betul)
exI: "mesti tidak menjadi"
exII: "tak akan dapat punya"

6. rule-saying (meletakkan prasyarat yang rigid)
exI: "mesti"
exII: "tidak ada pilihan"

7. black and white thinking (rigid dalam berfikir)
exI: "aku mesti mampu lakukan ini, kalau tidak habislah"
exII: "apa yang dia lakukan mesti menjadi, kalau aku mesti tidak menjadi"

antara jalan yang paling licik yang digunakan syaitan untuk melemahkan iman anak adam adalah melalui prasangka. bila kita mula bersangka buruk pada sesuatu keadaan, perasaan seolah-olah Allah S.W.T. tidak menyebelahi kita, dari situ, iman manusia akan terjerat. kita akan lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal oleh manusia normal, sebagai contoh, membunuh diri.

dan yang demikian itu adalah sangkaan kamu terhadap Tuhanmu. itulah yang membinasakan kamu; maka menjadikan kamu antara orang-orang yang rugi -surah fussilat, ayat 23
aku menulis begini kerana aku sedang merasai, apa yang dikatakan rasa 'down'. result SPM akan keluar tak lama lagi, masing-masing sedang membuat count down, tetapi tidak aku. aku risau sekiranya aku tidak dapat mencapai target sekaligus menghampakan ibubapa. 

No comments:

Post a Comment