Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
beberapa minggu lepas, ada unknown tanya soalan pada aku.
disebabkan ask.fm tak boleh tulis panjang, aku jawab kat sini je. semoga bermanfaat
1. For beginner, cari buku yang simple, and senang nk baca. Tak guna ayat bombastic sangat. Tak tebal sangat. As time goes by, baru start baca baca buku yang complicated and tebal. For me, aku lebih suka baca buku based on true story about their life, sebab selalunya cerita based on true story ni penulis dia bukan penulis. Just random people yg menulis pasal hidup diaorang je. So ayat dia tak la berbunga and susah nak faham sangat. Dulu masa aku mula-mula nak baca buku english, aku tak berani nk baca buku fantasy, sebab takut tak dapat nak imagine apa yg penulis tu nak cerita. Dah lama sikit, baru okay and enjoy buku fantasy.
2. Cari buku yang tulisan dia besar. Kadang-kadang tulisan kecil ni boleh spoil mood untuk orang yangg kepoh macam aku, sakit mata la tertinggal line la apa la. So senang kalau untuk permulaan, baca je buku yang tulisan besar dulu. Biar la org cakap novel tulisan besar ni untuk budak-budak pun. Lama-lama, dah biasa membaca, tulisan kecil mana pun kau boleh baca.
3. Baca by chapter. Jangan tinggalkan bacaan di tengah chapter. Sebab kadang-kadang kita akan tertinggal or lupa point yang penting dalam chapter tu. Tertinggal point in a chapter ni sangat la menyakitkan hati. Sebab kadang-kadang dia akan cakap lg kat next chapter. Kalau tertinggal, kau akan 'eh bila masa dia ckp camni?'. Haaa. Tu la penting nya baca by chapter.
4. For words yang kau tk faham, kau boleh either bukak kamus/google or tinggalkan words tu and sambung baca next line. Kalau masa aku rajin, words yg aku tk faham tu, aku akan cari maksud and tulis kat buku tu. At some point, cara camni akan tolong your vocab, next time jumpa, kau dah tk payah nk cari maksud yang sama dah. Tapi harus diingatkan. Bukan setiap masa aku rajin camni. So ada je masa-masa yang aku malas, aku teruskan je bacaan aku. Kau akan faham je the whole sentence sebenarnya.
5. Semangat yang membara. Semangat tu penting kut. Walaupun nampak remeh. Normal la kalau at first kau akan rasa malasnya nak habiskan buku tu, sebab tk faham, tak best or apa-apa yg tak laa. Tapi percaya la, once kau dah dapat habiskan 1 buku, you will be proud of yourself. And jangan berhenti membaca. Walau se busy mana pun kau, teruskan membaca. Be it baca just hujung minggu. Kadang-kadang orang sekeliling kita pun macam tak faham and tak support kita. Ni aku bercakap dari pengalaman. Masa first aku nak baca english book, ramai je yang cakap 'woww baca buku english sekarang. Bijaknya' dalam nada perli. Akan ramai je yang akan perli kau, kalau kau bukan jenis yang baca buku english, tetibe nak baca. So jangan patah semangat. Keep reading books. It helps a lot kut for your english.
6. Cari buku yang bagus. Aku sendiri pun tak tau buku yang bagus tu macam mana. Mostly buku yang aku baca sebab aku tengok review org. Orang ckp best, so aku beli and baca la. Hahahaha. Buku yang aku recommend for beginners, buku-buku mitch albom, enid blyton, john boyne. Kalau nak beli buku yang murah, cari kat big bad wolf. Kat sana buku semuaaaa murah and menarik.
Tu je kut tips dari aku.
Disclaimer: this is just my 2 cents, boleh je tau kalau tknk ikut or tak setuju hahahahahah
till then.
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts
Friday, September 14
Tuesday, February 24
selamanya buku
bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.
well, aku dah start baca buku yang berbentuk non-fiksyen. memandangkan aku dah bosan dengan novel yang ada jalan cerita sama je. muak kot. nak cari novel yang berkisahkan kisah benar dalam malay sangatlah susah. yang banyak kisah benar, orang putih yang buat. so, aku cuba alih arah ke buku non-fiksyen. apa yang boleh aku cakap bila aku baca buku non-fiksyen ni, rasa cam lain sangat sangat. sebelum ni pernah je aku baca buku pasal travelog. tapi yang ni lain sikit, atau senang kata, lebih serius.
assalamualaikum.
well, aku dah start baca buku yang berbentuk non-fiksyen. memandangkan aku dah bosan dengan novel yang ada jalan cerita sama je. muak kot. nak cari novel yang berkisahkan kisah benar dalam malay sangatlah susah. yang banyak kisah benar, orang putih yang buat. so, aku cuba alih arah ke buku non-fiksyen. apa yang boleh aku cakap bila aku baca buku non-fiksyen ni, rasa cam lain sangat sangat. sebelum ni pernah je aku baca buku pasal travelog. tapi yang ni lain sikit, atau senang kata, lebih serius.
contoh, kalau anda semua mengambil masa 1jam untuk membaca novel yang setebal 400mukasurat, anda takkan dapat habiskan buku non-fiksyen dalam masa itu. buku ni, tebal dia, cuma 174 mukasurat, tapi nak menghabiskan sebuku tu, memang mencabar. sebab, bila fisyen, dia berkisarkan cerita, selagi novel tu tak habis, korang akan tertanya-tanya, apa kesudahan novel tu, sebab tu korang akan try habiskan jugak.
lain pula untuk buku non-fiksyen, ni pendapat aku je lah, bila non-fiksyen, memang aku still tertanya-tanya, lepas ni jadi apa? TAPI, bila otak dah penat untuk berfikir, korang takkan sanggup untuk teruskan pembacaan. ni la kuasa buku non-fiksyen. ini pengalaman aku la, mungkin sebab ni kali pertama aku nak start baca buku serius macam ni.
aku nak share something, ni aku dapat masa tengah baca buku tajuk 'aku nabi isa. refleksi wad sakit jiwa' ditulis oleh dr. rozanizam zakaria, pegawai perubatan sarjana psikiatri, HUSM.
apabila kita cemas, kita akan cenderung untuk bernafas terlalu laju (over-breathing). keadaan ini akan memburukkan keadaan kerana, kandungan karbon dioksida dalam badan akan meningkat disebabkan proses bernafas yang tidak sempurna.
tanda-tanda over-breathing:
>pening kepala
>kabur pandangan
>kejang otot
>sesak nafas
>kebas tangan ataupun kaki
>keliru dan tidak dapat berfikir dengan jelas
>berpeluh
>keletihan
>sakit dada
oleh itu, kita mestilah mengawal cara bernafas ye anak-anak. jangan sesuka hati je nak bernafas macam mana. kat dalam buku ni, dia tulis, pastikan bernafas menggunakan hidung dan bukan menggunakan mulut. setakat itu perkongsian saya pada malam ni. selamat malam semua :)
jangan kamu bersikap lemah dan jangan (pula) kamu bersedih hati padahal kamu adalah orang-orang yang paling tinggi (darjat), jikalau kamu orang-orang yang beriman -surah ali imran, ayat 139
Labels:
buku,
perkongsian
Subscribe to:
Posts (Atom)




