Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Wednesday, December 30

short update

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

untuk SPM leaver yang tak ada halatuju,

percayalah, orang macam aku yang dah masuk universiti ni pun, masih tak tau betul ke pilihan yang aku buat. apa yang aku buat adalah, teruskan apa yang aku dah mulakan. semoga korang jumpa apa yang korang kehendaki. 

Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [berdoa kepada-Ku] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (surah Al-Mukmin, ayat 60)


*doakan aku finalexam januari ni :)

Monday, March 2

its time

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

macam semua orang tahu, esok, keputusan SPM akan keluar. mungkin esok akan kelihatan ibubapa yang menangis kegembiraan mahupun kekecewaan. tapi harapnya semua ibubapa akan menangis kegembiraan la. semoga segalanya berjalan lancar. Allah humma yuftah alaikum.

Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu -surah al-talak, ayat 3

walau apa-apa pun keputusan yang anda dapat, ingat, gagal sekali bukan bermaksud gagal segalanya. entry ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri sebenarnya. doakan aku :)