Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Friday, May 13

Silent treatment won't help

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

Yes. silent treatment won't help.
I will still not be clear about what have I done wrong.
I will still be in a 'blur' situation.

What do you want? What have I done wrong? How should I fix it?




Saturday, June 26

-

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

Pernah tak rasa takut untuk berkawan dengan orang lain? 
'macam mana kalau aku buat dia rasa tak selesa?'
'macam mana kalau aku buat dia sedih?'
'macam mana kalau aku tersalah cakap dengan dia?'
'macam mana kalau dia sebenarnya terpaksa kawan dengan aku?'
'macam mana kalau dia benci aku?'
'macam mana kalau dia annoying dengan aku?'

and the list goes on...

Sometimes bila something happened and you don't know the root cause, you tend to overthinking. And overthinking bukan boleh dibuang macam tu je. Dia bukan macam sesenang arahan 'berhenti berfikir, itu cuma dalam fikiran kau'. It is more than that. It is severe than it looks like. 

and bila jadi macam ni, aku rasa aku nak menyorok dari dunia. Aku taknak orang nampak aku. Aku taknak orang jumpa aku. Aku nak lari. Aku nak jadi invisible. 

SAKIT.
Sakit sangat. Rasa nak pecah dada. 

Rasa macam semua ni salah aku. Semua ni jadi sebab aku. Tolong.

Thursday, June 3

searching for myself

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

I don't feel like myself.
This is not me. This is not how I'm supposed to turn out.

procrastination at its best.
I submit conference paper yesterday which is due a week ago.
I didn't go for car service until lockdown strike.
I don't feel doing anything. 

many asked 'Farhana okay tak?'
my answer will be 'okay je'
but deep inside I'm not and I don't how how to express it. I feel like nobody understand me. not even my bestfriend, not even my family, not even my supervisor. 

This morning I woke up to this video and banjir. haha. I guess I didn't find anyone that I willing to share with. yet. 


Farhana ada lagi berapa sem?
boleh bawak gaduh kalau orang tanya soalan ni. Yes I know tak semua orang tahu and faham how research postgraduate study goes, but I don't know how to control perasaan nak marah ni everytime orang tanya. I really don't 

till then.

p/s harap next post will not be as 'dark' as this post

Thursday, March 11

Dear Farhana,

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

Perkahwinan itu ibarat satu pencapaian hidup bagi orang. Berbeza orang, berbeza la pencapaian dia.

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 

Ini buat pencapaian hidup kau Farhana 




Move on Farhana. Kau ada benda yang lagi besar kau nak capai. 

JANGAN FIKIR. NO FARHANA


haha. tak sangka first post for 2021 would be like this. kau ni dah tak betul ke Farhana?

Friday, July 20

how's life?

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

hey there. it's been a while since the last time i rant in this blog.
my life was rough these day. and i can't even think clearly.
fight with myself is the toughest thing to do. yet i need to.

people put high expectation on me. and i ruined it. especially my family.
i'm sorry for not being the way you want me to be.

I'M TIRED

tired of all these things.

stop.
just stop.
please.


Wednesday, January 25

January 2017

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

time flew so fast. its already 2017. and here i am. typing this entry to keep this blog alive. seriously, i felt so bad for not updating this blog. even though nobody cares. to be honest, i don't know what the purpose of this blog. am i doing this blog for fun? i'm not sure. or maybe as my diary? but i didn't like my personal life to be written here as there is chances that my coursemate will find out this blog.

i don't know

okay. i'm done with my nagging.



oh yeah. i changed this blog link because one of my couremate already knew about this blog and she told me that she gonna read all the entry which makes me feel uncomfortable. like seriously girl?! can't you just read my blog silently without i noticing it? duh. i choose 'stillhook' because i still can't move on with my nickname, captain hook.

i just finished my exam for the first semester on 14 jan. now i'm on my holiday before more hectic life started. will having lab practical every week, which mean, lab report every week. All is well, i hope so.

so this year, i'm turning 20. most of my friends called me 'kak long' since my birthday is on January. actually i'm not feeling like i'm 20. for me, it just another birthday and it doesn't affect me much as everyone thought. or it is just me to feel like that (?) come on. it just digit. 

thanks for the creative card
sorry for the broken english.
till then.

Sunday, July 24

move on 1

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

selepas 2bulan tak update.



chapter1

alhamdulillah. tamat exam organic chemistry which mean, tamat juga lah foundation year for me kat unmc. setahun (sebenarnya 10bulan je) yang sangat bermakna. boleh kenal ramai kawan baru. jujurnya, aku tak pernah ada kawan yang lain bangsa. kat sini, ramai student lain bangsa, bahkan lain negara kawan dengan aku. experiance yang sangat menark kut bagi aku yang tak pernah keluar terengganu. satu lagi pelajaran yang aku belajar sepanjang foundation ni, jangan malu untuk mencuba. aku mengaku yang english aku tak begitu bagus, tunggang langgang. kat unmc la aku belajar nak improve english aku. setiap kali aku nak berinteraksi dengan semua orang, termasuk pekerja cafe, aku kena speaking. jangan malu untuk memulakan sesuatu diluar kebiasaan kita.

with an awesome peoples (last lab session)

chapter 2

Ramadhan kali ni dapat puasa kat rumah. yeayy. nikmat yang sangat besar la kut bila dapat berpuasa kat rumah, kalau sebelum ni puasa kat university, feel dia lain sikit. tiap-tiap malam dapat g terawih dengan family, dapat tadarus tanpa fikirkan assignment assignment yang menunggu. rasa macam tenang je nak buat apa pun. tiba-tiba teringat, masa mula mula masuk unmc, masa tu hari ke-4 puasa rasanya. rasa sangat sangat insecure, sebab masa tu macam blur. tak tau nak cari makanan kat mana, nak keluar macam mana. hidup terumbang ambing gila. tambah pulak cafe tak buka masa tu memandangkan tengah summer break, yang buka, just seven eleven, subway dan secret recipe. boleh kopak weh kalau hari hari makan kat situ. hemmm, nak dijadikan cerita, malam hari terakhir puasa, aku kena gastrik, pukul 1 pagi pergi klinik, doktor bagi ubat semua then balik. dah sampai rumah, still tak reda, tak boleh tidur langsung. lepas subuh, pergi klinik lagi sekali, kena rujuk kat hospital pulak then blablablablaaaaa. aku tak tolong memasak sangat raya kali ni.

to be continue......

Friday, October 30

dunia

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

tiba-tiba rasa nak menaip. siang tadi baru habis jawab test ecology, energy and the environment. dah usaha, selebihnya tawakal. mak nasihat aku supaya jangan terlalu sedih kalau keputusan tak seperti yang kita impikan. mungkin dengan cara tu Allah SWT nak ajar supaya aku lebih tawakal.

jangan letakkan dunia di dalam hati, tetapi di dalam tangan

Sunday, August 2

kenapa?

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.



kenapa nak mempersoalkan apa yang kau dah buat? 
kenapa sekarang baru nak menyesal? 
kenapa sebelum ni kau tak fikir masak-masak sebelum buat keputusan?

tak semua orang dapat peluang macam kau dapat. semua orang berebut nak dapatkan apa yang kau dapat. jadi, apa salahnya kalau kau BERSYUKUR?

And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe. -surah Ibrahim, ayat7

Saturday, July 25

raya 2015

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

tahun ni aku beraya selama 3hari sahaja. raya pertama, macam biasa, duduk kat rumah sambil pakai baju kurung. ziarah kubur. lepak-lepak ngan sepupu sepapat. meunggu kedatangan tetamu. balik kampung belah ayah, petang tu baru pergi beraya kerumah atok cu. 

hari kedua, pergi beraya ke rumah saudara belah mak. rumah pertama yang diserbu adalah rumah tok cik, keunikan rumah tok cik ni, adalah rumah dia terletak dalam kawasan kubur, arwah tok cik (lelaki) dulu adalah penggali kubur. sebab tu rumah dia kat situ. sekarang ni yang ada hanya tok cik perempuan. 

rumah seterusnya adalah rumah tok ngah. tok ngah tu adalah adik kepada arwah atuk aku. muka dorang pon ada iras. jujur aku cakap, masa aku tengok tok ngah, aku rasa rindu sangat sangat kat arwah atok. rindu nak dengar atok bergurau, rindu nak dengar atok buat lawak, rindu nak dengar atok cerita pasal sejarah, rindu nak dengar atok suruh mengeja dalam bahasa jawi. aku rindu atok sangat sangat. 


tak sempat nak beraya rumah tok anjang dan tok cu. sebab dah malam.

hari raya ke-3, pagi pagi dan mandi, siap siap nak balik university yang ter-chenta. ayah ngan mak yang hantar. yeay! semua sepupu sepapat terkejut bila aku kata raya ke-4 dah ada kelas. haha. nak buat macam mana, tuntutan tanggungjawab kan. jadi, nak taknak, aku kena ikutkan jugak lah. malam tu aku tahan air mata je sebab tengok sepupu ramai yang bagi gambar kenduri tahlil. ngan sate, bunga api dan lain lain. setiap tahun, tanpa gagal, pada hari raya ke-3, kitorang akan buat kenduri tahlil untuk arwah atok. sedih sebab tahun ni tak dapat join. tahun depan insyaAllah boleh.

kalau rindu, doa. -mak tersayang

Friday, June 19

bertebaranlah kamu.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). -Surah Al-Jumu'ah, ayat 10

ayat kat atas tu sangat sesuai untuk yang pergi belajar. sekarang ni aku tengok ramai kawan aku yang 'bertebaran'. seluruh negeri ada. sabah sarawak tak terkecuali. nanti tak lama lagi, ada yang fly.

sangat sangat nak update blog. nak menaip. tapi tak tau nak menaip apa. penat tatap laptop. kekeringan idea.

*selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.