Saturday, July 25

raya 2015

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.

tahun ni aku beraya selama 3hari sahaja. raya pertama, macam biasa, duduk kat rumah sambil pakai baju kurung. ziarah kubur. lepak-lepak ngan sepupu sepapat. meunggu kedatangan tetamu. balik kampung belah ayah, petang tu baru pergi beraya kerumah atok cu. 

hari kedua, pergi beraya ke rumah saudara belah mak. rumah pertama yang diserbu adalah rumah tok cik, keunikan rumah tok cik ni, adalah rumah dia terletak dalam kawasan kubur, arwah tok cik (lelaki) dulu adalah penggali kubur. sebab tu rumah dia kat situ. sekarang ni yang ada hanya tok cik perempuan. 

rumah seterusnya adalah rumah tok ngah. tok ngah tu adalah adik kepada arwah atuk aku. muka dorang pon ada iras. jujur aku cakap, masa aku tengok tok ngah, aku rasa rindu sangat sangat kat arwah atok. rindu nak dengar atok bergurau, rindu nak dengar atok buat lawak, rindu nak dengar atok cerita pasal sejarah, rindu nak dengar atok suruh mengeja dalam bahasa jawi. aku rindu atok sangat sangat. 


tak sempat nak beraya rumah tok anjang dan tok cu. sebab dah malam.

hari raya ke-3, pagi pagi dan mandi, siap siap nak balik university yang ter-chenta. ayah ngan mak yang hantar. yeay! semua sepupu sepapat terkejut bila aku kata raya ke-4 dah ada kelas. haha. nak buat macam mana, tuntutan tanggungjawab kan. jadi, nak taknak, aku kena ikutkan jugak lah. malam tu aku tahan air mata je sebab tengok sepupu ramai yang bagi gambar kenduri tahlil. ngan sate, bunga api dan lain lain. setiap tahun, tanpa gagal, pada hari raya ke-3, kitorang akan buat kenduri tahlil untuk arwah atok. sedih sebab tahun ni tak dapat join. tahun depan insyaAllah boleh.

kalau rindu, doa. -mak tersayang

No comments:

Post a Comment