Sunday, July 24

move on 1

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

selepas 2bulan tak update.



chapter1

alhamdulillah. tamat exam organic chemistry which mean, tamat juga lah foundation year for me kat unmc. setahun (sebenarnya 10bulan je) yang sangat bermakna. boleh kenal ramai kawan baru. jujurnya, aku tak pernah ada kawan yang lain bangsa. kat sini, ramai student lain bangsa, bahkan lain negara kawan dengan aku. experiance yang sangat menark kut bagi aku yang tak pernah keluar terengganu. satu lagi pelajaran yang aku belajar sepanjang foundation ni, jangan malu untuk mencuba. aku mengaku yang english aku tak begitu bagus, tunggang langgang. kat unmc la aku belajar nak improve english aku. setiap kali aku nak berinteraksi dengan semua orang, termasuk pekerja cafe, aku kena speaking. jangan malu untuk memulakan sesuatu diluar kebiasaan kita.

with an awesome peoples (last lab session)

chapter 2

Ramadhan kali ni dapat puasa kat rumah. yeayy. nikmat yang sangat besar la kut bila dapat berpuasa kat rumah, kalau sebelum ni puasa kat university, feel dia lain sikit. tiap-tiap malam dapat g terawih dengan family, dapat tadarus tanpa fikirkan assignment assignment yang menunggu. rasa macam tenang je nak buat apa pun. tiba-tiba teringat, masa mula mula masuk unmc, masa tu hari ke-4 puasa rasanya. rasa sangat sangat insecure, sebab masa tu macam blur. tak tau nak cari makanan kat mana, nak keluar macam mana. hidup terumbang ambing gila. tambah pulak cafe tak buka masa tu memandangkan tengah summer break, yang buka, just seven eleven, subway dan secret recipe. boleh kopak weh kalau hari hari makan kat situ. hemmm, nak dijadikan cerita, malam hari terakhir puasa, aku kena gastrik, pukul 1 pagi pergi klinik, doktor bagi ubat semua then balik. dah sampai rumah, still tak reda, tak boleh tidur langsung. lepas subuh, pergi klinik lagi sekali, kena rujuk kat hospital pulak then blablablablaaaaa. aku tak tolong memasak sangat raya kali ni.

to be continue......

No comments:

Post a Comment