bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.
chapter 3
hari raya tahun ni okay okay je semua. raya pertama pergi raya rumah tok sedara, raya kedua pergi rumah maklong belah ayah sebab ada buat gathering. raya ketiga sibuk buat preparation nak buat tahlil malamnya. memang dah jadi tradisi keluarga belah mak, setiap malam raya ketiga, memang akan buat tahlil untuk arwah atuk :') macam biasa, kerja aku adalah potong serai nipis nipis, pastu blend sampai hancur untuk nak perap dengan ayam. nak buat sate kannn. lepas tu cucuk sate ramai ramai, habis kuning tangan. haritu memang fullhouse, semua sepupu sepapat ada. malam tu tahlil, pastu sambut birthday along, kebetulan hari tu birthday along. beli kek doraemon pulak tu. haha. aktiviti seterusnya, main bunga api. tahun ni takde gambar raya ye. tak rasa nak bergambar sebab tak berapa sihat, haha.
![]() |
| mak dengan along <3 |
![]() |
| ramai ramai cucuk sate |
chapter 4
ramai yang membebel sebab kena balik universiti awal sebab dah start kuliah raya ke-5 tu. takpe, aku faham perasaan tu, tahun lepas aku macam tu juga. raya ke-3, mak hantar balik nottingham, sapa yang tak sedih weh? dah la tak sempat nak tahlil sama-sama. tahun ni alhamdulillah, diberi kesempatan umtuk raya lama-lama. lepas balik dari kampung, aku ada balik selangor sekejap, nak uruskan pasal scholarship semua semua, alang alang tu jalan jalan sikit. tiba-tiba rindu kat notts. haha. sunyi je kat uni, tak ramai orang, sebab tengah summer break kan. yang ada pun mungkin budak foundation july intake bawah batch aku. lepas tu pergi beraya rumah kawan kawan sekitar selangor dengan kakak kakak senior. pengalaman yang agak manis. aku takde la rapat sangat pun dengan dorang, tapi dorang sanggup terima kedatangan kitorang. terharu.
![]() |
| masa ni dekat rumah sharun :) |
![]() |
| dah ada bridge. nampak tak? haha |
last chapter
sekarang ni aku tengah nak proceed degree kat nottingham. dah dapat offer letter dan dah accept. tadi baru dapat email from faculty yang mengatakan kalau nak sambung degree in PHS, kena ambil vaccine hepatitis B. terus aku tanya mak, aku dah pernah ambil ke tak. mak kata dah pernah ambil masa kecik, so no problem. semoga dipermudahkan la nak masuk degree ni. baru baru ni nampak akak akak senior kat notts graduate, rasa macam satu perasaan yang membara. ecehhh. siapa je yang taknak graduate kan? walaupun ramai orang yang cakap course yang aku ambil ni susah, takpe, aku akan usaha, sampai berjaya, insyaAllah. amin. doakan aku k.
jumpa di post yang lain. sayonara. dah boleh move on dari post kali ni ;)





saya suka ayat last2 tu
ReplyDelete