Wednesday, August 31

nangka?

bismillahirrahmanirrahim. 
assalamualaikum.



petang tadi mak masak sayur nangka. mak cakap sayur nangka ni memang orang petik (amek) masa tengah muda muda, tak sempat nak masak sepenuhnya. kalau nangka tu masak dan sempat bewarna oren, maka tak boleh buat sayur. dia dah jadi buah nangka.

tiba-tiba aku terfikir,

kita (manusia) sepatutnya mencontohi nangka ni,

nangka ni pelbagai guna. masa muda boleh jadi sayur. masa tua boleh jadi buat. dua dua keadaan bagi kebaikan untuk kita. dia tak tau bila masa dia akan dipetik. masa muda atau masa tua tapi dia sentiasa bagi sesuatu pada tukang tanam. 

macam manusia jugak. walaupun kita tak tau kita mati bila, tapi kita sentiasa kena buat kebaikan pada orang sekeliling kita. yang paling penting, buat kebaikan (taat) pada tuhan yang cipta kita. kita mungkin tak tau apa yang kita akan jadi pada masa akan datang. tapi yang penting adalah kita berusaha untuk jadi yang terbaik. 

kalau tengok balik pada nangka, walaupun dia tau dia akan dipetik pada satu masa nanti, dia tetap berbuah sebanyak yang mungkin. pernah ke korang tengok nangka tak berbuah, cuma kelongsong kulit kosong? tu dah melawan fitrah namanya. begitu jugak kita. kita dicipta untuk buat tujuan hidup kita, jadi apa alasan kita untuk tak berbuat?

sebenarnya, banyak yang kita boleh tengok dan amek pengajaran dari sekeliling kita. cuma kadang kadang, kita amek ringan dan terus berpaling.

so yeah. just my 2 cents.

*selamat menyambut kemerdekaan ke-59
*ayuh bersama-sama jadi nangka (?)

No comments:

Post a Comment