Tuesday, February 24

selamanya buku

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

well, aku dah start baca buku yang berbentuk non-fiksyen. memandangkan aku dah bosan dengan novel yang ada jalan cerita sama je. muak kot. nak cari novel yang berkisahkan kisah benar dalam malay sangatlah susah. yang banyak kisah benar, orang putih yang buat. so, aku cuba alih arah ke buku non-fiksyen. apa yang boleh aku cakap bila aku baca buku non-fiksyen ni, rasa cam lain sangat sangat. sebelum ni pernah je aku baca buku pasal travelog. tapi yang ni lain sikit, atau senang kata, lebih serius.



contoh, kalau anda semua mengambil masa 1jam untuk membaca novel yang setebal 400mukasurat, anda takkan dapat habiskan buku non-fiksyen dalam masa itu. buku ni, tebal dia, cuma 174 mukasurat, tapi nak menghabiskan sebuku tu, memang mencabar. sebab, bila fisyen, dia berkisarkan cerita, selagi novel tu tak habis, korang akan tertanya-tanya, apa kesudahan novel tu, sebab tu korang akan try habiskan jugak.

lain pula untuk buku non-fiksyen, ni pendapat aku je lah, bila non-fiksyen, memang aku still tertanya-tanya, lepas ni jadi apa? TAPI, bila otak dah penat untuk berfikir, korang takkan sanggup untuk teruskan pembacaan. ni la kuasa buku non-fiksyen. ini pengalaman aku la, mungkin sebab ni kali pertama aku nak start baca buku serius macam ni. 



aku nak share something, ni aku dapat masa tengah baca buku tajuk 'aku nabi isa. refleksi wad sakit jiwa' ditulis oleh dr. rozanizam zakaria, pegawai perubatan sarjana psikiatri, HUSM. 

apabila kita cemas, kita akan cenderung untuk bernafas terlalu laju (over-breathing). keadaan ini akan memburukkan keadaan kerana, kandungan karbon dioksida dalam badan akan meningkat disebabkan proses bernafas yang tidak sempurna.

tanda-tanda over-breathing:
>pening kepala
>kabur pandangan
>kejang otot
>sesak nafas
>kebas tangan ataupun kaki
>keliru dan tidak dapat berfikir dengan jelas
>berpeluh
>keletihan
>sakit dada

oleh itu, kita mestilah mengawal cara bernafas ye anak-anak. jangan sesuka hati je nak bernafas macam mana. kat dalam buku ni, dia tulis, pastikan bernafas menggunakan hidung dan bukan menggunakan mulut. setakat itu perkongsian saya pada malam ni. selamat malam semua :)

jangan kamu bersikap lemah dan jangan (pula) kamu bersedih hati padahal kamu adalah orang-orang yang paling tinggi (darjat), jikalau kamu orang-orang yang beriman -surah ali imran, ayat 139

No comments:

Post a Comment